Latihan Dalaman Sistem Charm II Di NaturMeds | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Latihan Dalaman Sistem Charm II di NaturMeds

Latihan Dalaman Sistem Charm II di NaturMeds

11 April 2023 – Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima satu unit baru sistem Charm II yang bernilai sebanyak USD 66,209.89 dan ditaja oleh geran penyelidikan bagi Projek Technical Cooperation (TC) Kebangsaan di bawah Program TC Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis. Latihan dalaman Sistem Charm II telah diadakan di NaturMeds B selama tiga hari (11-13 April 2023) bagi melatih pelajar dan kakitangan makmal dari NaturMeds dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Latihan ini telah disampaikan oleh Cik Syifa Nur Aulia Syamsu A. Md dari syarikat PT HAES BROTHERS, Jakarta, Indonesia. Sistem Charm II digunakan untuk melakukan pengujian keselamatan makanan yang komprehensif untuk pelbagai matriks makanan. Ia digunakan untuk menguji pelbagai residu dalam susu, telur, ikan, bijirin, madu, serum, tisu, air kencing dan ujian air. Dengan wujudnya Sistem Charm II ini, penyelidikan di NaturMeds dapat dipertingkatkan dan diperluaskan serta memberi perkhidmatan kepada penyelidik dalam dan luar UPM.

 

 

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 09/06/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdLAY~