Latihan Dalaman @ AquaHealth Bersama Codon Genomics Sdn Bhd: 'Metagenomic Sequencing, Digital Technologies And Data Science' | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Latihan Dalaman @ AquaHealth bersama Codon Genomics Sdn Bhd: 'Metagenomic Sequencing, Digital Technologies and Data Science'

Latihan Dalaman @ AquaHealth bersama Codon Genomics Sdn Bhd: 'Metagenomic Sequencing, Digital Technologies and Data Science'

18 Julai 2023 - Aktiviti latihan dalaman @ AquaHealth bersama Codon Genomics Sdn Bhd, bertajuk “Metagenomic Sequencing, Digital Technologies, and Data Science” telah diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas, Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia. Latihan yang dijalankan termasuk seminar yang telah disampaikan oleh Dr. Hazwan Fikri, Genomics Account Scientist dari Codon Genomics. Ceramah beliau bertajuk “Decoding the Microbial World”. Program ini diteruskan dengan penceramah kedua, Cik Cheong Shun Hui, Application Scientist dari Codon Genomics bertajuk “How Digital Technologies Can Help Clean Up Your Data”. Program ini disertai oleh penyelidik dari IBS dan telah dijalankan secara interaktif. Peserta telah terlibat secara aktif dengan mengutarakan soalan, perbincangan topik dan perundingan secara langsung dengan penceramah. Aktiviti ini telah membantu dalam pemindahan ilmu pengetahuan berkaitan aplikasi penjujukan metagenomik dan perkakasan pengurusan data antara sektor industri dan akademia. Perkongsian pengetahuan ini bertujuan memperkasakan lagi impak usaha penyelidikan.

Tarikh Input: 29/08/2023 | Kemaskini: 29/08/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdKAM~