Latihan Dalaman @ AquaHealth Bersama Ara Gemilang Saintifik Sdn Bhd: Proses Dan Teknologi Pengeringan Beku | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Latihan Dalaman @ AquaHealth bersama Ara Gemilang Saintifik Sdn Bhd: Proses dan Teknologi Pengeringan Beku

Latihan Dalaman @ AquaHealth bersama Ara Gemilang Saintifik Sdn Bhd: Proses dan Teknologi Pengeringan Beku

18 Oktober 2023 - Latihan dalaman @ AquaHealth bersama Ara Gemilang Saintifik Sdn Bhd bertajuk Proses dan Teknologi Pengeringan Beku telah diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas, Institut Biosains, UPM. Latihan yang dijalankan termasuk seminar yang telah disampaikan oleh Encik Paul Fieldhouse, Pengurus Pemasaran dari Ara Gemilang Saintifik Sdn Bhd bertajuk ‘Pengenalan kepada Pengeringan Beku’ dan ‘Teori Pengeringan Beku’. Program ini disertai oleh kakitangan, pelajar dan penyelidik dari Institut Biosains dan telah dijalankan secara interaktif, membolehkan peserta bertanya soalan, terlibat dalam perbincangan dan perundingan secara terus dengan penceramah. Perkongsian pengetahuan antara industri dan universiti ini dijangka dapat meningkatkan lagi impak penyelidikan di Institut Biosains.

Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdEAY~