Latihan Asas Mikrobiologi | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Latihan Asas Mikrobiologi

Latihan Asas Mikrobiologi

29 Januari 2024 - Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC) telah berjaya menganjurkan sesi latihan Asas Mikrobiologi kepada 17 peserta dari Bio-Angle Vacs Sdn. Bhd. Semasa latihan, peserta telah mengikuti syarahan “Pengenalan kepada Mikrobiologi” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin (Penyelaras UNiCC). Bagi sesi latihan amali pula, peserta telah didedahkan tentang pengetahuan penting termasuk kepentingan keselamatan di makmal, teknik aseptik, pelbagai teknik pengendalian subkultur bakteria, serta penyediaan dan penilaian Gram stain menggunakan mikroskop cahaya.

 

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEbTAq~