Kursus Pertolongan Cemas Asas Dan CPR Anjuran Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Biosains | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Biosains

Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Biosains

8 Ogos 2023 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Biosains (IBS) yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin dengan kerjasama ahli Pengurusan IBS telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR pada 8-9 Ogos 2023 yang  melibatkan seramai 30 orang staf IBS. Inisiatif ini bertujuan untuk membiasakan peserta dengan prinsip asas pertolongan cemas dan teknik rawatan kecemasan yang sesuai. Kursus ini melibatkan sesi ceramah, demonstrasi dan praktikal telah disampaikan oleh 3 orang pengajar dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) iaitu Dr. Suhyna Mohd Sulaiman (Pegawai Perubatan), Sn. Noor Mazzeatul Aini Zainudin (Jururawat) dan Puan Norfazilah Abdullah (Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia). Sumbangan mereka sangat penting untuk kejayaan kursus ini. Kesan daripada impak kursus tersebut, seramai 24 orang peserta kursus telah mendaftar sebagai sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM.

Tarikh Input: 01/09/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdFAH~