IBS Dianugerahkan Sebagai PTJ Terbaik Di ICAN 2017 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » IBS dianugerahkan sebagai PTJ Terbaik di ICAN 2017

IBS dianugerahkan sebagai PTJ Terbaik di ICAN 2017

Institut Biosains telah memenangi Anugerah Jaringan Industri dan Masyarakat Berimpak Tinggi 2016 bersempena Majlis Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti (ICAN2017).  Anugerah dan Sijil Penghargaan tersebut telah diterima oleh Pengarah Institut Biosains pada Industry and Community Appreciation Hi-Tea yang telah diadakan pada 19 April 2017 di IOI Resort City.
 
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat Institut Biosains yang menjadi tulang belakang bagi kejayaan ini juga syabas dan tahniah kepada semua staf/penyelidik yang memberi input kerjasama strategik UPM-Industri-Komuniti dan sekali gus meningkatkan lagi kerjasama yang telah terjalin ke arah yang lebih mantap dan berimpak tinggi.

Tarikh Input: 27/04/2017 | Kemaskini: 27/04/2017 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEaMAj~