HARI TERBUKA CANRES 2023: SIRI 1 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » HARI TERBUKA CANRES 2023: SIRI 1

HARI TERBUKA CANRES 2023: SIRI 1

21 Februari 2023 - Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, UPM telah menganjurkan Hari Terbuka CANRES 2023: Siri 1. Hari Terbuka CANRES ini merupakan program komuniti yang menjemput peserta terpilih untuk melawat makmal penyelidikan CANRES. Semasa lawatan makmal, para peserta didedahkan kepada prosedur dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan awal sebelum pemencilan dan penulenan bahan bioaktif daripada sumber semulajadi untuk penyelidikan kanser selanjutnya. Para peserta telah menghadiri sesi amali mengenai pensterilan tumbuhan ubatan serta sesi taklimat berkaitan peralatan bilik kultur sel kanser. Peserta jemputan terdiri daripada organisasi bukan kerajaan yang terlibat di dalam program bersama pesakit kanser dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) telah dijemput menghadiri siri pertama program Hari Terbuka CANRES.

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdHAh~