15 Ogos 2023 – “Forum Open Science: Open Access Publication” anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Auditorium, IBS, UPM. Panel jemputan forum ini adalah Prof. Emeritus Dr. Geoffrey A. Cordell (College of Pharmacy, University of Florida, Gainesville, FL & Natural Products Inc., Evanston IL), Prof. Dr. Noorsaadah Abdul Rahman (Profesor, Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya; Setiausaha Agung, Akademi Sains Malaysia dan Pengerusi, Malaysia Open Science Alliance) dan Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim (Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM). Dr. Mohd Mokrish Md. Ajat (Penyelidik Bersekutu, NaturMeds) telah dilantik sebagai moderator bagi forum ini. Forum ini berlangsung selama tiga jam dan topik perbincangan adalah berkenaan penerbitan akses terbuka dalam bidang sains pada masa kini.
Tarikh Input: 29/08/2023 | Kemaskini: 29/08/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my