Ceramah Berkenaan “QSECA (Quality, Safety, Efficacy, Consistency & Accessibility) In Research” Oleh Prof. Emeritus Dr. Geoffrey A. Cordell | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Ceramah berkenaan “QSECA (Quality, Safety, Efficacy, Consistency & Accessibility) in Research” oleh Prof. Emeritus Dr. Geoffrey A. Cordell

Ceramah berkenaan “QSECA (Quality, Safety, Efficacy, Consistency & Accessibility) in Research” oleh Prof. Emeritus Dr. Geoffrey A. Cordell

16 Ogos 2023 – Ceramah berkenaan “QSECA (Quality, Safety, Efficacy, Consistency & Accessibility) in Research” anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Auditorium, IBS, UPM. Ceramah ini disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Geoffrey A. Cordell dari College of Pharmacy, University of Florida, Gainesville, FL & Natural Products Inc., Evanston IL. Ceramah ini telah dihadiri oleh penyelidik dari dalam dan luar UPM. Ceramah ini berlangsung pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang yang turut melibatkan sesi soal jawab yang interaktif di akhir ceramah. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik serta memperbaiki kualiti penyelidikan yang dijalankan. Ceramah ini memberikan pelbagai intipati menarik, khususnya yang bermanfaat kepada para penyelidik yang mencari penambahbaikan halatuju penyelidikan mereka.

 

Tarikh Input: 29/08/2023 | Kemaskini: 29/08/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdJAV~