Ad Hoc Workshop On The Care And Use Of Rodents In Research | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Ad Hoc Workshop on The Care and Use of Rodents in Research

Ad Hoc Workshop on The Care and Use of Rodents in Research

21 Jun 2023 – Unit Perubatan Komparatif dan Teknologi (COMeT) di Institut Biosains telah menganjurkan bengkel bertajuk “Ad Hoc Workshop on The Care and Use of Rodents in Research”. Bengkel ini telah dihadiri oleh tiga orang peserta berdaftar dari Universiti Putra Malaysia. Mereka terdiri daripada seorang pensyarah dan seorang pelajar pasca siswazah dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, serta seorang pelajar pasca siswazah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar pasca siswazah dan penyelidik tentang teknik pengendalian asas haiwan makmal, dan juga pengenalan terhadap Akta Kebajikan Haiwan 2015 sebelum peserta memulakan projek penyelidikan mereka. Bengkel ini diadakan bagi memenuhi permintaan daripada pelajar pasca siswazah, penyelidik, dan sektor swasta yang berminat dalam penyelidikan haiwan makmal.

Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi utama. Ia dimulakan dengan sesi teori dan diikuti lawatan ke fasiliti penyelidikan haiwan makmal. Seterusnya, peserta berpeluang untuk terlibat dalam sesi praktikal, di mana mereka dapat mengendalikan haiwan makmal di bawah penyeliaan Pegawai Veterinar. Bengkel ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada peserta oleh koordinator COMeT,  sesi bergambar secara berkumpulan dan makan tengahari.

Tarikh Input: 26/07/2023 | Kemaskini: 26/07/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdGAr~