Latar Belakang | INSTITUT BIOSAINS
» TAMAN KONSERVATORI » Latar Belakang

Latar Belakang

Taman Konservatori Pertanian, UPM didirikan di atas tanah berkeluasan dua hektar yang pada asalnya adalah ditumbuhi oleh pokok getah seperti Hevea brasiliensis yang diselenggarakan oleh unit ladang Universiti pada awal tahun 1980 dan kemudiannya diuruskan oleh IBS pada tahun 1996 bagi tujuan penyelidikan. Kawasan ini pada peringkat awalnya hanyalah sebagai germplasma bagi spesis terpilih sahaja. Apabila IBS semakin berkembang, skop dan fungsi taman ini diperluaskan pada tahun 2003 untuk menyokong kerja-kerja penyelidikan. Lewat tahun 2005, IBS telah dipertanggunjawabkan oleh pihak university untuk membangunkan dan memajukan bank germplasma, kemudiannya dinamakan Taman Konservatori Pertanian sebagai tempat penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan rekreasi alam. Kini koleksi spesis yang terdapat di dalam Taman Konservatori Pertanian ini menghampiri 600 spesis merangkumi tumbuhan asli dan eksotik. Konservatori ini dibahagikan kepada 11 zon mengikut fungsi, kegunaan dan jenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia.  

Taman Konservatori Pertanian, UPM adalah salah satu pakej dibawah eDU-PARK®.

Maklumat lanjut dan untuk mendapatkan pakej eDU-PARK®;

Hubungi : 03- 9769 1412/ 1413/ 1414


Seksyen eDU-PARK®,
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM),
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, 
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.


Emel : edupark@upm.edu.my

Kemaskini:: 07/03/2024 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETWAN~