Kejayaan Projek Genom Manusia dan perkembangan teknologi biologi molekul yang pesat telah membuka era perubatan dan pemakanan yang baharu. Farmakogenomik dan nutrigenomik merupakan dua bidang penyelidikan yang penting dalam perubatan dan pemakanan yang diperibadikan (personalized medicine and nutrition). Program ini memberi tumpuan kepada:(a) Kajian mekanisma tindakan dan interaksi sebatian bioaktif dengan menggunakan pelbagai teknologi omics maju;(b) Rekabentuk dan pembangunan ubat-ubatan, nutraseutik dan makanan berfungsi novel yang bersesuaian dengan ciri-ciri genetik peribadi;(c) Kajian pra-klinikal dan klinikal terhadap keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan, nutraseutik dan makanan berfungsi novel untuk pencegahan dan rawatan penyakit gaya hidup dan penuaan;(d) Kajian bioavailabiliti bagi ubat-ubatan, nutraseutik dan makanan berfungsi novel yang dibangunkan;(e) Pengkomersilan ubat-ubatan, nutraseutik dan makanan berfungsi yang diperibadikan mengikut genotip individu. |
1. |
Profesor Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis |
2. |
Profesor Madya Dr. Norhaizan Mohd Esa |
3. |
Profesor Dr. Latifah Saiful Yazan |
1. |
Profesor Dr. Muhammad Nazrul Hakim Abdullah |
2. |
Prof. Madya ChM. Dr. Siti Salwa Abd Gani |
3. |
Dr. Nur Akmal Ishak |
Kemaskini:: 07/11/2022 [azah]
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my