Laboratori Vaksin dan Biomolekul (VacBio) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2011 hasil daripada proses penstrukturan semula Institut Biosains (IBS). Laboratori ini memberi tumpuan kepada R&D dan menyediakan perkhidmatan dalam bidang bioteknologi, khususnya dalam bidang vaksin dan diagnostik, imunoterapeutik serta teknologi probiotik dan prebiotik untuk rawatan penyakit-penyakit haiwan dan manusia yang mempunyai impak ekonomi dan sosial.
Dengan sepasukan penyelidik dan staf yang terlatih, berpengalaman, komited dan berkemahiran, Laboratori ini bercita-cita untuk membangunkan vaksin yang ideal, terapi baru dan inovatif, serta probiotik dan prebiotik baru bagi meningkatkan taraf kesihatan manusia dan haiwan di seluruh dunia.
Pertanyaan:
Profesor Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa
Ketua Laboratori
: nurulfiza@upm.edu.my
: 03 - 9769 3073
Kemaskini:: 01/12/2022 [azah]
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my