UPM, WFCC-MIRCEN WORLD DATA CENTRE FOR MICROORGANISMS (WDCM) TANDATANGANI MEMORA | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » UPM, WFCC-MIRCEN WORLD DATA CENTRE FOR MICROORGANISMS (WDCM) TANDATANGANI MEMORA

UPM, WFCC-MIRCEN WORLD DATA CENTRE FOR MICROORGANISMS (WDCM) TANDATANGANI MEMORA

UNiCC

UPM, WFCC-MIRCEN WORLD DATA CENTRE FOR MICROORGANISMS (WDCM) TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)

SERDANG Universiti Putra Malaysia (UPM) dan WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganisms (WDCM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 September 2013. Majlis ini telah dilaksanakan ketika majlis perasmian Management of Microbial Culture Collection Seminar and Workshop 2013 yang dianjurkan oleh Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC), Institut Biosains, UPM dengan kerjasama World Federation of Culture Collection (WFCC) dan WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganisms (WDCM). Seminar dan bengkel ini adalah dari 30 September 2013 hingga 3 October 2013 dan dihadiri oleh pelajar, staf dan penyelidik dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan dan juga industri.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di pihak UPM dan Dr. Juncai Ma, Pengarah bagi WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganims (WDCM). Majlis ini juga dihadiri oleh Dr. Philippe Desmeth, Presiden bagi World Federation of Culture Collection (WFCC).

UNiCC telah ditubuhkan untuk menjadi koleksi kultur utama yang dapat menyokong bidang penyelidikan dan pengajaran, dengan memberikan tumpuan kepada mikroorganisma dari sumber makanan, pertanian dan alam sekitar. UNiCC menyediakan perkhidmatan kepada penyelidik bukan sahaja dari UPM, tetapi juga dari universiti dan institusi penyelidikan yang lain di Malaysia. UNiCC menyediakan perkhidmatan dan kepakaran dalam pengurusan koleksi kultur mikrob, pengasingan, pengenalan, pemeliharaan dan pemeriksaan kualiti mikroorganisma. UNiCC juga telah mengembangkan perkhidmatan mereka dengan menawarkan perkhidmatan lain seperti antimikrobial assay dan juga membantu menyimpan mikroorganima rekombinan hasil dari penyelidikan di UPM. Pada tahun 2011, UNiCC telah mendaftar dengan WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganisms (WDCM) dengan nombor pendaftaran 988 dan menggunakan UPMC sebagai akronim bagi nombor koleksi. UNiCC juga bergerak secara aktif dalam mengadakan seminar dan bengkel untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan koleksi kultur dan pemuliharaan biodiversiti bagi mikroorganism di Malaysia.

Pada tahun 2012, WDCM telah menjemput UNiCC sebagai entiti koleksi kultur pertama di Malaysia untuk mengambil bahagian di dalam projek World Federation of Culture Collection’s Global Catalogue of Microorganisms (GCM). Kerjasama projek ini telah dimeterai secara rasmi melalui majlis menandatangani MoU antara UPM dan WDCM yang telah diadakan pada hari tersebut. Dengan kerjasama ini, UNiCC akan menjadi lebih dikenali di kalangan komuniti saintifik di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa sebagai sebuah entiti koleksi kultur mikrob. Kedua-dua pihak diharap akan mendapat manfaat daripada MoU itu dan menggunakannya sebagai batu loncatan ke arah membina Jaringan Koleksi Kultur Peringkat Kebangsaan di Malaysia. UNiCC juga diharap dapat menerajui pembentukan jaringan ini, dengan menjadikan agenda pemuliharaan biodiversiti mikroorganisma sebagai salah satu agenda penyelidikan utama Negara.

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/10/2018 | mfareeq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEYCAA~