Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Haslina Ahmad dan rakan penyelidik di atas penerbitan terkini dalam Pharmaceutics. Penerbitan ini membincangkan fabrikasi nanopartikel silika mesopori (MSN), cabaran dalam pembangunan agen penyampaian ubat (DDA) dan bagaimana MSN menangani masalah melalui pengembangan DDA pintar menggunakan MSN. Selain itu, MSN juga telah digunakan sebagai DDA pelbagai fungsi dalam diagnostik dan rawatan kanser. Maklumat lanjut boleh diperolehi pada pautan https://www.mdpi.com/1999-4923/13/2/152
Tarikh Input: 10/03/2021 | Kemaskini: 10/03/2021 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my