19 April 2023 - Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai kerana telah menerima jemputan dan tajaan penuh sebagai penceramah kehormat bagi "Aquatic Session in The International 22nd Chulalongkorn University Veterinary Conference". Konferen ini telah berlangsung pada 19 - 21 April 2023 di Samyan Mitrtown Hall, Wang Mai, Pathum Wan, Bangkok, Thailand adalah di bawah anjuran Chulalongkorn University, Thailand. Pembentangan beliau bertajuk "Feed-based Vaccination in Squaculture: Challenges and Opportunities", adalah berkenaan kepentingan vaksinasi ikan secara oral, yang telah menjadi tren dan manafaatnya kepada industri akuakultur negara dan rantau ini. Jemputan ini adalah satu penghormatan antarabangsa kepada saintis dari Universiti Putra Malaysia dan negara Malaysia.
Tarikh Input: 26/05/2023 | Kemaskini: 26/05/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my