Penyelidik IBS Menerima Anugerah Poster Terbaik Dalam 'The Bacti Network & Microbiology Society Focused Meeting: Vaccines As Tools To Combat Antimicrobial Resistance' | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penyelidik IBS Menerima Anugerah Poster Terbaik dalam 'The Bacti Network & Microbiology Society Focused Meeting: Vaccines as Tools to Combat Antimicrobial Resistance'

Penyelidik IBS Menerima Anugerah Poster Terbaik dalam 'The Bacti Network & Microbiology Society Focused Meeting: Vaccines as Tools to Combat Antimicrobial Resistance'

28 Februari 2023 - Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin kerana menerima anugerah poster terbaik dalam “The Bacti Network & Microbiology Society Focused Meeting: Vaccines as Tools to Combat Antimicrobial Resistance”. Mesyuarat ini telah diadakan pada 27-28 Februari 2023, di Edgbaston Park Hotel and Conference Centre di Birmingham, United Kingdom. Mesyuarat ini membincangkan topik utama iaitu isu kerintangan antibiotik (AMR) dan impak vaksin dalam menangani jangkitan melalui pengurangan keperluan antibiotik yang akan memperlahankan kemunculan AMR. Semasa mesyuarat tersebut, poster Dr. Ina Salwany bertajuk “Fish Vaccination Development Against Vibriosis in Malaysia: Status and Challenges” telah mendapat perhatian pengadil dan dianugerahkan sebagai Anugerah Poster Terbaik.

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 17/05/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETSAj~