MESYUARAT KERJASAMA ANTARA LABORATORI PENYELIDIKAN KANSER UPM-MAKNA (CANRES) DAN MAJLIS KANSER NASIONAL MALAYSIA (MAKNA) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » MESYUARAT KERJASAMA ANTARA LABORATORI PENYELIDIKAN KANSER UPM-MAKNA (CANRES) DAN MAJLIS KANSER NASIONAL MALAYSIA (MAKNA)

MESYUARAT KERJASAMA ANTARA LABORATORI PENYELIDIKAN KANSER UPM-MAKNA (CANRES) DAN MAJLIS KANSER NASIONAL MALAYSIA (MAKNA)

Mesyuarat kerjasama ini telah diadakan pada 14 September 2020 di Bilik Mesyuarat Kesidang Utama, Institut Biosains, UPM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah IBS, Prof Dr Zunita Zakaria. Mesyuarat telah dihadiri oleh empat wakil dari MAKNA termasuk Puan Farahida Mohd Farid (Pengurus Besar MAKNA), Dr. Choong Pei Feng (Pentadbir Penyelidikan MAKNA), Puan Ashira Ahmad (Pentadbir Penyelidikan MAKNA) dan Encik Edwin Wong (Wakil Perundangan MAKNA) dan empat wakil dari UPM iaitu Prof Madya Dr. Chia Suet Lin (Ketua Laboratori), Prof Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff (Penyelidik Bersekutu CANRES), Prof Madya Dr. Syahrilnizam Abdullah (Timbalan Pengarah IBS) dan Puan Nurul Nazira Mohamed (Setiausaha Ketua Laboratori). Dalam mesyuarat ini, beberapa agenda dibincangkan untuk memperkasakan kerjasama antara CANRES dan MAKNA.

Tarikh Input: 13/10/2020 | Kemaskini: 13/10/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045/ 3047
03 - 9769 2101
B1607005014