Memperkasakan Bidang Kultur Tisu Tumbuhan Dikalangan Pelajar Vokasional Pertanian | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Memperkasakan bidang kultur tisu tumbuhan dikalangan pelajar vokasional Pertanian

Memperkasakan bidang kultur tisu tumbuhan dikalangan pelajar vokasional Pertanian

SERDANG – Bagi memperkasakan bidang kultur tisu tumbuhan kepada pelajar Vokasional (Pertanian), satu projek Pemindahan Kepakaran Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan telah dijalankan antara Universiti dan pihak komuniti iaitu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak (KVPTI). Projek ini adalah merupakan projek yang pertama bersama Kolej Vokasional yang berasaskan pertanian di Malaysia amnya dalam membangunkan teknologi kultur tisu tumbuhan dan menghasilkan anak benih yang berkualiti tinggi. Hasrat kerjasama ke atas projek ini telah di bincangkan semasa lawatan yang telah diadakan oleh tenaga pengajar KVPTI ke Makmal Kultur Tisu, Unit Biodiversiti, Institut Biosains, UPM pada 24 Januari 2014.

Bagi merealisasikan hubungan jaringan kerjasama ini, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara UPM dan KVPTI pada 29 September 2014 bagi tempoh 5 tahun. Tujuan jaringan kerjasama ini dilaksanakan adalah bagi pembangunan komuniti yang melibatkan khidmat nasihat dan perkongsian ilmu antara universiti dan rakan institusi yang merangkumi pembangunan bioteknologi tumbuhan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang jaringan kerjasama ini ialah:

  • Aktiviti Pemindahan Kepakaran Teknologi Kultur Tisu Nenas Pada 13 Mac 201.
  • Kunjungan Hormat, oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM Ke Kolej Vokasional (P) Teluk Intan pada 19 Ogos 2014.
  • Majlis Pertukaran MoU antara UPM dan Kolej Vokasional (P) Teluk Intan yang diadakan pada 30 September 2014.
  • Majlis Executive Talk “Program Pelonjakan Harta Intelek Vokasional (Berasaskan Pertanian)” pada 26 Februari 2015.
  • Kursus Kultur Tisu dan Penyulingan Minyak Pati pada 18-22 Mei 2015.
  • Lawatan Halatuju Penyelidikan Ke Makmal Kultur Tisu KV(P)TI pada 6-7 April 2016.
  • Mesyuarat bersama Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada 18 Mei 2016.
  • Program Advokasi Ilmu : Model Teknologi Pertanian Pengembangan Holistik ke arah Malaysia Maju telah diadakan pada 3-4 Oktober 2016.

Antara impak projek ini adalah dapat meningkatkan dan memantapkan kemahiran insaniah pelajar-pelajar yang menjalankan latihan Bioteknologi, menghasilkan anak benih pokok yang berkualiti tinggi serta menjadi ‘partner’ dalam projek penyelidikan Universiti dan industri

Ditulis oleh,

Julia Abdul Aziz

Tarikh Input: 11/09/2017 | Kemaskini: 10/02/2021 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETWAi~