Majlis Pelancaran Rangka Kerja Penyelidikan Perubatan Tradisional Dan Komplementari Di Malaysia & Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Pelancaran Rangka Kerja Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia & Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba

Majlis Pelancaran Rangka Kerja Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia & Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba

14 April 2023 – Majlis Pelancaran Rangka Kerja Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia & Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba telah dianjurkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Penyelidikan Perubatan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan. Majlis pelancaran telah diadakan di Auditorium Perdana, Institut Kesihatan Negara Malaysia, Setia Alam dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia. Profesor Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis, Ketua Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia telah menghadiri majlis pelancaran ini. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Garis Panduan Penyelidikan Perubatan Herba. Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk memberi panduan berstruktur kepada penyelidik, akademik, doktor perubatan, pengamal perubatan tradisional dan komplementari, dan pihak berkepentingan dalam industri herba yang berkaitan.

 

Tarikh Input: 02/05/2023 | Kemaskini: 02/05/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESSAi~