Majlis Apresiasi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 Dan Hari Malaysia | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Apresiasi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 dan Hari Malaysia

Majlis Apresiasi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 dan Hari Malaysia

SERDANG, 7 SEPTEMBER 2018 – MAJLIS APRESIASI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-61 DAN HARI MALAYSIA 2018 adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Biosains dengan kerjasama KESIB bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada Zon Terbaik 5S dan meraikan kemerdekaan negara. Majlis yang diadakan pada 7 September 2018 telah dirasmikan oleh Pengarah IBS dan ucapan aluan disampaikan oleh Penasihat KESIB. Majlis dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Deklamasi Puisi Merdeka dan disemarakkan dengan nyanyian lagu patriotik serta kibaran Jalur Gemilang. Sesi penghargaan Zon Terbaik 5S juga membantu sikap produktiviti dan kreativiti staf IBS untuk terus berusaha mengekalkan Amalan Berkualiti 5S di tempat kerja. Majlis ini diharap dapat dianjurkan secara tahunan supaya semangat dan momentum kerja berpasukan dan kerjasama erat dapat diteruskan daripada semasa ke semasa. Penglibatan pelajar-pelajar juga sangat efektif dalam usaha melahirkan pelapis negara yang cintakan negara.

Tarikh Input: 18/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEUCAh~