Lawatan Muhibbah Ke Kota Kinabalu Dan Kundasang, Sabah 2018 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Muhibbah ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah 2018

Lawatan Muhibbah ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah 2018

KOTA KINABALU – LAWATAN MUHIBBAH KE KOTA KINABALU DAN KUNDASANG, SABAH 2018 merupakan program anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial Institut Biosains (KESIB), Sesi 2017/2018. Lawatan yang berlangsung selama tiga (3) hari, dua (2) malam bermula dari 31 Ogos – 2 September 2018 ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Ahli KESIB di samping keluarga masing-masing melalui misi jelajah Negeri Di Bawah Bayu. Seramai 35 orang telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Presiden KESIB. Lawatan ini lebih istimewa kerana hari pertama lawatan jatuh pada Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 iaitu 31 Ogos 2018. Sepanjang lawatan ini, para peserta berpeluang untuk ke melihat dan bergambar kenangan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia di samping lokasi pelancongan lain di Sabah. Peserta tidak ketinggalan untuk merasai suasana sejuk di Kundasang dan menginap di resort berhampiran kaki Gunung Kinabalu. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di Pekan Nabalu, Teh Sabah, Pasar Filipino, Borneo Frozen dan Chocolate House sebelum pulang ke UPM.

Tarikh Input: 18/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEUQAp~