KEM CUTI REMAJA @ BIOSAINS (DUNIA HERBA) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » KEM CUTI REMAJA @ BIOSAINS (DUNIA HERBA)

KEM CUTI REMAJA @ BIOSAINS (DUNIA HERBA)

5 Februari 2025, Serdang – Institut Biosains (IBS), telah menganjurkan Program Kem Cuti Remaja @ Biosains (Dunia Herba). Program ini adalah merupakan program cuti sekolah yang julung kali dianjurkan oleh Unit Biodiversiti, Institut Biosains, UPM untuk kumpulan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Program ini adalah merupakan salah satu perkongsian dan pengembangan penyelidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Institut Biosains (IBS). Program ini telah mendapat tajaan daripada Kenanga Investors Berhad dan dihadiri oleh 40 orang peserta dari seluruh negeri selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan pelajar Tahfiz. Program ini telah diadakan pada musim cuti sekolah bagi memenuhi masa lapang dan menarik minat remaja kepada sains tumbuhan terutama tumbuhan herba yang mempunyai nilai ubatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan personaliti dan pemahaman peserta terhadap penyelidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), sebagai platform mempromosi Institut Biosains, meningkatkan imej UPM sebagai institusi pendidikan seterusnya meningkatkan jaringan kerjasama industri dan masyarakat. 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti membuat produk dari tumbuhan herba iaitu cincau atau grass jelly, kultur tisu tumbuhan, garden tour, explorace dan menanam pokok herba secara kreatif. Aktiviti ini berupaya menarik minat peserta kerana setiap peserta akan membuat sendiri produk cincau dan mempelajari proses sains iaitu proses pendidihan dan proses pembekuan, menanam pokok herba, mengenali tumbuhan - tumbuhan herba dari segi bentuk, warna daun, rasa dan kegunaan serta mempelajari proses hidup tumbuhan seperti fotosintesis dan respirasi. Lebih menarik lagi peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bersaing meneroka tumbuhan-tumbuhan herba di dalam Taman Konservatori dan menjawab soalan-soalan kuiz sains STEM berdasarkan kepada sains tingkatan 1 hingga 5.

Dengan menyertai program ini, peserta akan berminat untuk menceburi atau melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan, teknologi dan inovasi pertanian serta perkembangan dalam pemindahan teknologi pertanian menghasilkan produk-produk berasaskan herba pada masa hadapan. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Khairil  bin Mahmud, Penyelaras Unit Biodiversiti dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada peserta oleh YBhg. Prof. Dr. Zunita binti Zakaria.

Turut hadir sama, Pengarah Program, Puan Julia binti Abdul Aziz. En. Ahmad Faruq dan En. Muhammad Izwan bin Soheimi wakil Kenanga Investors Berhad.

 

 

Tarikh Input: 24/02/2025 | Kemaskini: 24/02/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (02:42:23pm-02:47:23pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]