World Organisation for Animal Health (OIE) mendefinisikan ‘kebajikan haiwan’ sebagai penyesuaian keadaan fizikal dan mental haiwan kepada keadaan persekitaran di mana ia hidup dan mati. Haiwan boleh dikatakan berada dalam tahap kebajikan yang tinggi apabila ia sihat, selesa, mendapat bekalan makanan dan nutrisi yang cukup, selamat daripada sebarang bentuk ancaman, dapat mempamerkan corak kelakuan semulajadi, dan dalam keadaan tidak menanggung sebarang kesakitan, derita, dan tekanan (The Five FREEDOM).
Kesan AWA 2015 kepada Institusi:
Berdasarkan petikan daripada AWA 2015, akta 772, Seksyen 15 (1), terdapat beberapa aktiviti haiwan yang memerlukan pendaftaran/ lesen daripada Lembaga Kebajikan Haiwan (Jadual 1). Oleh yang demikian, setiap kajian yang melibatkan haiwan dalam penyelidikan perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC). Ini kerana petikan daripada AWA 2015, akta 772, Seksyen 16(1)-(4), IACUC adalah perantara dan badan yang menjalankan semakan, pemantauan dan penyimpanan rekod bagi memastikan “Malaysian Code of Practice for the Care and Use of Animal for Scientific Purpose” dan polisi UPM dipatuhi oleh penyelidik/ pengajar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||
Individual Ventilation Cage (IVC). | Laboratory animal research using the Individual Ventilation Cage (IVC) system |
Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my