Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga Yang Dioptimumkan Bagi Akuakultur Tropika Yang Lestari (COSMOS) 2016-2021 | INSTITUT BIOSAINS
» ARTIKEL » Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS) 2016-2021

Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS) 2016-2021

Sejarah 

Pada 26 Oktober 2014, UPM telah mengemukakan kertas kerja untuk Program SATREPS (Science & Technology Research Partnership for Sustainable Development) yang bertajuk "Pembangunan Industri Akuakultur Lestari melalui Kitaran Semula Bahan Buangan bagi Penghasilan Biosumber" kepada Japan Cooperation Agency (JICA) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Pada 26 Februari 2015, projek berkenaan telah disenarai pendek seterusnya dibentangkan kepada jawatankuasa penilaian agensi Japan Science and Technology (JST) di Tokyo pada 19 Mac 2015. Projek ini diluluskan pada 22 April 2015, dan diumumkan oleh JST dan JICA pada 13 Mei 2015. JICA –JST telah menghantar pakar ke Malaysia dalam misi lawatan pertama pada 17-28 Ogos 2015 bagi menilai kesesuaian kolaborator Malaysia (UPM, UMT dan UNISEL) untuk melaksanakan projek tersebut. Projek itu dinamakan semula sebagai " Sistem Operasi Berterusan  Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS)". Misi JICA dan JST yang kedua telah datang ke Malaysia pada 4 - 8 Disember 2015 bagi menentukan peralatan, latihan dan pakar yang diperlukan untuk projek tersebut.  

Memorandum Perjanjian (MoA) bagi projek SATREPS-COSMOS telah ditandatangani pada 29 Februari 2016 di UPM melibatkan Presiden Soka University,  Naib Canselor UPM, UMT dan UNISEL serta University of Tokyo, NIES (National Institute of Environmental Studies) dan TITech (Tokyo Institute of Technology). Record of Discussions (RoD) telah ditandatangani pada 25 Mac 2016 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Wakil Ketua Pejabat JICA Malaysia, dan Ketua Setiausaha, KPT. 

Upacara menandatangani MoA (29 Februari 2016) di UPM diwakili oleh Prof. Dato ' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT; Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM; Prof. Dr. Yoshihisa Baba, Presiden Soka University; dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Naib Canselor UNISEL (duduk di meja dari kiri). 

 

Signing of RoD on 25th March 2016 between the Government of Japan (JICA Malaysia Office Chief Representative, Mr. Matsumoto Kojiro) and the Government of Malaysia (Ministry of Higher Education Secretary General, MOHE, Prof Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang)

 

Wakil-wakil projek dari UPM, UMT dan UNISEL dengan pegawai JICA dan KPT.Dari kiri, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid, Prof. Dr. Khozirah Shaari, Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff, Encik M. Kojiro, Prof. Dato Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Prof.  Datuk Dr. Asma Ismail, Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir, Prof. Dr. Raha Abd Rahim, dan Prof. Dr. Kushairi Rajuddin

 

Objektif Projek

Matlamat keseluruhan projek COSMOS adalah penggunaan kultur mikroalga yang bernilai tinggi oleh ladang akuakultur bagi memastikan kelestarian industri akuakultur  di Malaysia dan / atau negara pengeluar akuakultur yang lain.

Tujuan projek ini adalah untuk mewujudkan sistem tenaga efisyen kultur berskala besar bagi mikroalga yang bernilai tinggi menggunakan nutrien kitar semula daripada enapcemar kolam akuakultur.

 

Struktur Projek

Projek utama COSMOS difokuskan kepada empat tema utama: