Beras Perang Tercambah Dan Pecahan Kaya-Bioaktif: Perjalanan Berterusan Dari Penyelidikan & Pembangunan Kepada Pengkomersilan | INSTITUT BIOSAINS
» ARTIKEL » Beras Perang Tercambah Dan Pecahan Kaya-Bioaktif: Perjalanan Berterusan Dari Penyelidikan & Pembangunan Kepada Pengkomersilan

Beras Perang Tercambah Dan Pecahan Kaya-Bioaktif: Perjalanan Berterusan Dari Penyelidikan & Pembangunan Kepada Pengkomersilan

Sejak 2 dekad yang lalu, Prof. Dr. Maznah Ismail dan kumpulan penyelidik beliau di Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains telah memberi tumpuan terhadap penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan bagi nutraseutikal yang novel menggunakan sumber semulajadi bagi tujuan pencegahan penyakit kronik, peningkatan kualiti kesihatan, pemahaman mekanisme melalui aplikasi nutrigenomik serta meningkatkan penyerapan dan penerimaan dengan teknologi nano.

Penyakit sentiasa menjadi sebahagian dari kehidupan manusia, begitu juga dengan usaha pencarian penawar, yang bukan hanya untuk memulihkan kesihatan tetapi juga untuk meningkatkan kualiti hidup. Kesedaran berkaitan potensi perubatan dalam produk semulajadi telah bekembang disebabkan oleh kebimbangan berkaitan kesan sampingan dan lain-lain kesan buruk disebabkan pengambilan kompaun sintetik. Keadaan ini seterusnya telah meningkatkan pemahaman berkaitan fungsi nutraseutikal untuk peningkatan kesihatan dan juga pencegahan penyakit.

Kesedaran ini telah timbul semula dan telah disokong oleh kajian berasaskan bukti yang menunjukkan kaitan antara diet dan perkembangan penyakit kronik. Menurut WHO, penyakit kronik telah diketahui sebagai penyebab utama kematian di negara-negara maju, dan juga  di negara-negara membangun. Kesan penyakit kronik sangat besar, walaupun tidak membawa kepada kematian, ianya meninggalkan kesan terhadap individu, keluarga dan ekonomi negara.

Penyelidikan sedekad lalu hanya memberi fokus kepada kekurangan nutrisi, hasil dari peningkatan kesedaran berkaitan hubungan antara makanan dan molekul makro pada tahap molekular yang bebeza. Ini telah mewujudkan bidang nutrigenomik, yang memfokus kepada interaksi pada antara muka diet-genom. Asas penyelidikan nutrogenomik adalah komponen diet bertindak sebagai isyarat untuk menyampaikan maklumat berkaitan diet dan komponennya kepada sel pada tahap-tahap berbeza untuk menukarkan ekspresi gen dan protein disamping penghasilan metabolit berdasarkan paras nutrient yang dikesan oleh sel. Diet yang menjadi asas kepada faedah kesihatan dengan memanfaatkan kompaun bioaktif tumbuhan lazimnya dikenali sebagai nutraseutikal.

 

Beras perang tercambah (Germinated brown rice)

Beras perang tercambah (GBR) adalah beras perang yang tidak digilap dan dicambah bagi meningkatkan rasa dan tekstur, paras bioaktif seperti asid γ-aminobutirik (GABA), acylated steryl glucoside (ASG) dan ferulates.

 

  Beras perang tercambah

 

GBR mempunyai banyak fungsi, antaranya sebagai antidiabetik, penyakit kardiovaskular (CVD), antioksidan, pengurangan berat badan, hipokolesterolemik, antikemurungan, peningkatan kognitif, hepatoprotektif, ciri-ciri imunomodulatori, masalah berkaitan menopaus dan penyakit Alzheimer. GBR mempu bertindak sebagai alternatif yang efisien kepada beras putih, dan membantu pengurusan pelbagai penyakit kronik, terutamanya apabila diambil dalam jangkamasa yang panjang bagi memastikan bioaktif disalurkan secara berterusan.

  

Pecahan kaya-bioaktif sebagai nutraseutikal

Pecahan kaya-bioaktif menyatakan makanan dan bukannya nutrient adalah unit asas dalam nutrisi. Melalui sinergi kompaun bioaktif dalam makanan, nilai nutrisi yang lebih baik dihasilkan berbanding nilai yang diperoleh dari nutrient secara individu. Kompaun bioaktif utama dengan kehadiran metabolit-metabolit lain, walaupun dalam jumlah yang sedikit, akan menghasilkan kesan yang lebih baik.

Minyak Nigella sativa diketahui tinggi dengan kandungan thymoquinone (TQ). TQ dilaporkan mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuk antitumor, antiradang, antibakteria, antidiabetik, antihipertensi, hiperglisemik, antioksida dan juga aktiviti modulasi-imun.

Pecahan kaya-bioaktif lain yang mempunyai potensi adalah pecahan kaya-asid curculigoside-cinnamic dari rizom Molineria latifolia yang berfungsi sebagai agen antioksidan terapeutik. Pecahan kaya vanillin yang diekstrak dari lenggai vanilla mampu meningkatkan paras LDLR dan merendahkan HMGCR, serta mempunyai aktiviti antikarsinogenik dalam kanser kolon azoxymethane-teraruh dalam tikus. Pecahan kaya oryzanol (ORF) yang diekstrak dari dedak padi dilaporkan menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatan termasuk mengurangkan paras kolesterol dan fungsi-fungsi aktioksidan.

                                                                                    

Sumber pecahan kaya-bioaktif:

   

 Dedak Padi

Molineria latifolia 

 

Lenggai vanilla

Nigella sativa

 

Nanodelivery komponen bioaktif untuk aplikasi makanan

Nanodelivery menyediakan satu cara untuk mengawal kestabilan, kelarutan dan ketersediaan-bio dan juga menyediakan pelepasan terkawal bioaktif untuk fungsian yang lebih baik.

Sumber ime: http://www.nutraingredients.com

 

Pengkomersilan

Ekoran dari demonstrasi kejayaan kesan fungsian GBR dan pecahan kaya-bioaktif dengan teknologi nanodelivery, beberapa produk telah dikomersilkan. Ini termasuk OryGold™(produk berasaskan GBR) dan HSGold™ (produk berasaskan TQRF). Produk-produk ini telah menerima pelbagai anugerah pada peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa seperti Expo Malaysia Technology (MTE), Bioinno Malaysia dan Iena Jerman. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk yang dikomersialkan, sila layari www.nutracreme.com

 

Felo Penyelidik
Laboratori Bioubatan Molekul
Institut Biosains
Tel: 603-8947 2188

Tarikh Input: 03/08/2017 | Kemaskini: 12/07/2019 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045/ 2109
03 - 8947 2101
B1566499675