Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga Yang Dioptimumkan Bagi Akuakultur Tropika Yang Lestari (COSMOS) 2016-2021 | INSTITUT BIOSAINS
» ARTIKEL » Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS) 2016-2021

Sistem Operasi Berterusan Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS) 2016-2021

Sejarah 

Pada 26 Oktober 2014, UPM telah mengemukakan kertas kerja untuk Program SATREPS (Science & Technology Research Partnership for Sustainable Development) yang bertajuk "Pembangunan Industri Akuakultur Lestari melalui Kitaran Semula Bahan Buangan bagi Penghasilan Biosumber" kepada Japan Cooperation Agency (JICA) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Pada 26 Februari 2015, projek berkenaan telah disenarai pendek seterusnya dibentangkan kepada jawatankuasa penilaian agensi Japan Science and Technology (JST) di Tokyo pada 19 Mac 2015. Projek ini diluluskan pada 22 April 2015, dan diumumkan oleh JST dan JICA pada 13 Mei 2015. JICA –JST telah menghantar pakar ke Malaysia dalam misi lawatan pertama pada 17-28 Ogos 2015 bagi menilai kesesuaian kolaborator Malaysia (UPM, UMT dan UNISEL) untuk melaksanakan projek tersebut. Projek itu dinamakan semula sebagai " Sistem Operasi Berterusan  Kultur Mikroalga yang Dioptimumkan bagi Akuakultur Tropika yang Lestari (COSMOS)". Misi JICA dan JST yang kedua telah datang ke Malaysia pada 4 - 8 Disember 2015 bagi menentukan peralatan, latihan dan pakar yang diperlukan untuk projek tersebut.  

Memorandum Perjanjian (MoA) bagi projek SATREPS-COSMOS telah ditandatangani pada 29 Februari 2016 di UPM melibatkan Presiden Soka University,  Naib Canselor UPM, UMT dan UNISEL serta University of Tokyo, NIES (National Institute of Environmental Studies) dan TITech (Tokyo Institute of Technology). Record of Discussions (RoD) telah ditandatangani pada 25 Mac 2016 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Wakil Ketua Pejabat JICA Malaysia, dan Ketua Setiausaha, KPT. 

Upacara menandatangani MoA (29 Februari 2016) di UPM diwakili oleh Prof. Dato ' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT; Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM; Prof. Dr. Yoshihisa Baba, Presiden Soka University; dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Naib Canselor UNISEL (duduk di meja dari kiri). 

 

Signing of RoD on 25th March 2016 between the Government of Japan (JICA Malaysia Office Chief Representative, Mr. Matsumoto Kojiro) and the Government of Malaysia (Ministry of Higher Education Secretary General, MOHE, Prof Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang)

 

Wakil-wakil projek dari UPM, UMT dan UNISEL dengan pegawai JICA dan KPT.Dari kiri, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid, Prof. Dr. Khozirah Shaari, Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff, Encik M. Kojiro, Prof. Dato Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Prof.  Datuk Dr. Asma Ismail, Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir, Prof. Dr. Raha Abd Rahim, dan Prof. Dr. Kushairi Rajuddin

 

Objektif Projek

Matlamat keseluruhan projek COSMOS adalah penggunaan kultur mikroalga yang bernilai tinggi oleh ladang akuakultur bagi memastikan kelestarian industri akuakultur  di Malaysia dan / atau negara pengeluar akuakultur yang lain.

Tujuan projek ini adalah untuk mewujudkan sistem tenaga efisyen kultur berskala besar bagi mikroalga yang bernilai tinggi menggunakan nutrien kitar semula daripada enapcemar kolam akuakultur.

 

Struktur Projek

Projek utama COSMOS difokuskan kepada empat tema utama:

 

 

Kemudahan, Modal Insan & Sokongan Kewangan

Penyediaan peralatan, penghantaran pakar dan program latihan saintis muda Malaysia di Jepun untuk tiga universiti (UPM, UMT dan UNISEL) dibiayai oleh JICA, sementara JST menyediakan dana penyelidikan untuk saintis Jepun. Sehingga kini, kemudahan dan peralatan yang telah diperolehi oleh universiti di Malaysia yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Institut

Bil. item/jenis

Kos (JPY)

Kos (MYR)

UPM

27/26

72,756,400

2,910,256.00

UMT

28/25

69,596,450

2,783,858.00

UNISEL

14/14

43,454,525

1,738,181.00

Total

69/65

185,807,375

7,432,295.00

 

Penganalisis automatik LCMS

                                                         

KPT telah menyediakan geran padanan  kepada saintis Malaysia untuk melaksanakan empat tema COSMOS seperti berikut:

Tema 1: Bio-prospek mikroalga tempatan yang bernilai tinggi 

Projek 1- UMT:  Pengasingan, Pengenalpastian dan Pengoptimuman Mikroalga tempatan Air Tawar dan Marin dari Semenanjung Malaysia 

Projek 2-UMT: Mikroalga Transkriptomik untuk Peningkatan Lipid 

Projek 3-UMT: Antioksidan Mikroalga Sebagai Sumber Alternatif untuk Aplikasi Nutraseutikal dan Farmaseutikal

 

Pembukaan rasmi Makmal Penyelidikan SATREPS-COSMOS, UMT

 

Ahli-ahli projek bersama Presiden Baba di dalam kapal  RV Discovery UMT

          

 

Tema 2: Kajian bahan semulajadi yang menggalakkan pertumbuhan 

Projek 8-1(UNISEL): Pengenalan teknik pengekstrakan tanah dari pelbagai jenis tanah di Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan alga yang disasarkan 

Projek 8-2 (UNISEL): Kajian mengenai faktor optimum bahan ekstrak tanah untuk pengoptimuman pertumbuhan alga dengan menggunakan model berangka 

 

Tema 3: Membangunkan  fotobioreaktor yang baru 

Projek 1-UPM: Membangunkan fotobioreaktor yang baru untuk kultur mikroalga berskala besar diluar 

 

Tema 4. Membangunkan sistem kitar semula nutrien 

Projek 2-UPM: Pendekatan baru dalam penggunaan efluen akuakultur untuk menghasilkan mikroalga dan pengeluaran herba yang bernilai tinggi. 

Projek 3 -UPM: Konsortium bakteria-mikroalga dalam bioenkapsulasi zooplankton untuk meningkatkan kesihatan ikan.

Projek  4 -UPM:  Mikroalga untuk kesihatan akuakultur yang lestari 

 

Model prototaip bagi fotobioreaktor yang cekap tenaga: Sistem Cradle

 

Kenderaan SATREPS-COSMOS di Institut Biosains

             

            

            

          

Tarikh Input: 28/08/2017 | Kemaskini: 28/08/2017 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETMAm~