Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC), Institut Biosains, UPM telah dibangunkan sejak tahun 2008 untuk menjadi pusat koleksi utama untuk penyelidikan dan pembelajaran yang berfokuskan mikroorganisma yang dipencilkan dari sumber makanan, pertanian dan persekitaran. UNiCC merupakan ahli kepada World Federation for Culture Collections (WFCC) dan juga berdaftar dengan WFCC-MIRCEN World Data Centre for Microorganisms (WDCM). UNiCC mengalu-alukan kerjasama dari penyelidik dalam dan luar UPM serta pihak industri.
Public Depository
Bakteria yang didepositkan adalah juga dikatalogkan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
Safe Depository
Bakteria yang didepositkan adalah disimpan dan diedarkan kepada depositor (pemilik) sahaja.
Penyejukbekuan Mikroorganisma
Mikroorganisma yang telah dikeringbeku akan dikembalikan kepada penyelidik untuk simpanan sendiri.
Pembekalan Mikroorganisma
UNiCC supplies cultures for research and education purposes. Sila klik di sini untuk Katalog UNiCC.
Ujian Antimikrobial
Ujian saringan antimikrobial untuk sampel seperti extrak tumbuhan, minyak, krim, emulsi, kertas, plastik dan supernatan dari kultur.
MIC & MBC
Ujian MIC & MBC untuk sampel seperti ekstrak tumbuhan, minyak, krim, emulsi, kertas, plastik dan supernatan dari kultur.
Pemencilan dan Identifikasi Bacteria (Metod Molekular)
Pemencilan dan identifikasi bakteria (dari pelbagai sumber kecuali sampel klinikal) menggunakan teknik penjujukan 16s rRNA dan analisis pokok filogenetik.
Latihan dan Konsultansi
Kami menyediakan latihan secara atas talian atau bersemuka untuk teknik seperti penyejukbekuan bakteria, ujian antimicrobial dan identifikasi bakteria (metod molekular).
Kemaskini:: 11/09/2023 [azah]
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my