Latar Belakang | INSTITUT BIOSAINS
» LABORATORI/UNIT » Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) » Latar Belakang

Latar Belakang


Laboratori Penyelidikan Kanser UPM - MAKNA (CANRES) telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan usahasama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam usaha untuk menambah baik rawatan kanser. Objektif utama penubuhan CANRES adalah untuk menyelaras, mengintegrasi dan memusatkan semua penyelidikan kanser di UPM agar hasil penyelidikan yang diperolehi dapat dibangunkan, dikembangkan seterusnya dikomersilkan di bawah satu pengurusan yang fokus dan strategik.

Di dalam bidang penyelidikan pula, CANRES memfokuskan penyelidikan dalam pembangunan agen antikanser dengan menggunakan sumber biodiversiti di Malaysia serta penyelidikan imunoterapeutik dan aplikasi sel stem dalam terapi kanser. Selain daripada itu, penyelidikan di CANRES juga tertumpu kepada aplikasi teknologi molekul dalam pengenalpastian genetik dan perubahan epigenetik penyakit kanser di Malaysia.

Penyelidik di CANRES terdiri daripada penyelidik dari pelbagai bidang antaranya ialah genetik, biokimia, histologi, patologi dan sel biologi. Sejak ditubuhkan, penyelidik di CANRES telah memperolehi pelbagai anugerah dan beberapa hasil penyelidikan telah berjaya dipatenkan. Sebahagian daripada produk ini telah atau sedang menjalani ujian pra-klinikal kerana telah terbukti dapat membunuh sel kanser. 

Penglibatan CANRES dalam penyelidikan kanser di Malaysa secara langsung dapat menyumbangkan kepada usaha untuk memberi penerangan, pencegahan dan rawatan terkini dalam usaha memerangi penyakit kanser. Justeru dalam mencapai matlamat ini, penyelidik CANRES sedia bekerjasama dengan sektor awam dan swasta, dalam memaksimumkan hasil penyelidikan yang diperolehi agar manfaat dapat digunakan bersama.    

 

Pertanyaan :

Profesor Madya Dr. Chia Suet Lin
Ketua Laboratori 
 : suetlin@upm.edu.my  
 : 03 - 9769 2120 

Kemaskini:: 01/12/2022 [azah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETPAU~