PEMERIKSAAN KENDIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Q1 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » PEMERIKSAAN KENDIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Q1

PEMERIKSAAN KENDIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Q1

Oleh Arba’ah Md. Salleh & Zufliha Zakaria
Foto oleh Arba’ah Md. Salleh

SERDANG, 21 Feb – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institut Biosains (IBS) telah menjalankan pemeriksaan kendiri bagi sukuan pertama tahun ini di 15 unit kerja (makmal kimia) bermula 3 – 21 Februari 2020 sebagai salah satu aktiviti wajib mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa ini yang merangkumi pemeriksaan terhadap persekitaran makmal, peralatan, alat pemadam api, pengurusan bahan kimia, pengurusan sisa, alat pelindung diri, kit pertolongan cemas, kebuk wasap, selinder gas termampat, jentera dan juga operasi manual. Penemuan akan dibentangkan dalam Mesyuarat JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IBS untuk tujuan penambahbaikan secara berterusan ke arah mencapai persekitaran pekerjaan yang selamat dan sihat di IBS.- UPM

Proses pemeriksaan oleh JK OSH di unit kerja (makmal kimia)

 
 

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEaDA1~