MAJLIS PELANCARAN PELAN HALA TUJU PEMBANGUNAN VAKSIN NEGARA SERTA INSTITUT GENOM & VAKSIN MALAYSIA | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN PELAN HALA TUJU PEMBANGUNAN VAKSIN NEGARA SERTA INSTITUT GENOM & VAKSIN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PELAN HALA TUJU PEMBANGUNAN VAKSIN NEGARA SERTA INSTITUT GENOM & VAKSIN MALAYSIA

Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput oleh National Institut of Biotechnologi Malaysia (NIBM) untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) pada 1 November 2021. Majlis tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan dihadiri oleh Menteri MOSTI, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri MOHE, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri MOH, Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim dan tetamu kehormat. Wakil UPM terdiri daripada Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Nazamid Saari, Pengarah IBS, Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Putra Science Park, Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo, Timbalan Pengarah IBS, Prof. Madya  Dr. Syahrilnizam Abdullah, Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA, Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin, Ketua  Laboratori Vaksin dan Biomolekul, Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa, Ketua Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik, Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md. Yassin, dan tetamu jemputan kehormat, Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff. Pertukaran MOU antara UPM dan NIBM tentang pengembangan vaksin telah diumumkan semasa majlis tersebut. IBS juga menyediakan booth bagi mempamerkan penyelidikan vaksin di institute dan dilawat oleh Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri yang lain semasa majlis tersebut.

Tarikh Input: 22/11/2021 | Kemaskini: 22/11/2021 | mfareeq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEZNAG~