21-22 Mac 2023 - Unit Biodiversiti (UBD), Institut Biosains (IBS) telah dengan jayanya menganjurkan Kursus Tumbuhan Ubatan: Pengecaman, Aplikasi dan Kaedah Penjagaan 2023. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah IBS iaitu Y.Bhg. Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali dan telah dihadiri seramai 24 orang peserta dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), BOH Plantation Sdn. Bhd., Institut Penyelidikan Air Tawar (GLAMI) dan seorang peserta awam. Penceramah yang dilantik bagi kursus ini adalah Prof. Dr. Latifah Saiful Yazan (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM), Dr. Khairil Mahmud (Fakulti Pertanian dan Penyelaras UBD, UPM), Dr. Shamsul Khamis (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan En. Tajuddin Abdul Manap (seorang pesara UPM yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang tumbuhan ubatan).
Objektif kursus ini adalah bagi menyebarkan pengetahuan dan teknik dalam pengecaman, kegunaan perubatan tradisional, penanaman dan penjagaan tumbuhan ubatan umum kepada peserta. Selain itu, kursus ini juga bertujuan menimbulkan kesedaran dan minat di kalangan peserta tentang potensi tumbuhan ubatan dalam industri perubatan. Pihak penganjur telah menerima banyak maklum balas positif berkaitan kursus ini daripada para peserta.
“Membongkar Rahsia Khazanah Alam”
Tarikh Input: 28/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my