KESELAMATAN KONTRAKTOR DI UPM | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » KESELAMATAN KONTRAKTOR DI UPM

KESELAMATAN KONTRAKTOR DI UPM

Oleh Arba’ah Md Salleh & Zufliha Zakaria
Foto oleh Arba’ah Md Salleh
 

SERDANG, Mac 4 – 5 orang wakil dari Institut Biosains (IBS) menghadiri sesi taklimat Pengurusan Keselamatan Kontraktor yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) UPM di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra. Sesi 2 jam yang memfokus pada isu-isu yang berkaitan dengan kontraktor di UPM dikendalikan oleh Puan Nor Afida Miskam selaku moderator dan dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharuddin, Pengarah OSH UPM. Topik yang dibincangkan adalah amalan semasa berkaitan pemantauan kontraktor, isu-isu keselamatan dalam tempoh kerja kontraktor, hazard dan pendedahan risiko kepada kontraktor. Permit to Work (PTW) akan dilaksanakan bersama dengan kaedah pemantauan dan garis panduan baharu di UPM.- UPM

Tarikh Input: 13/03/2020 | Kemaskini: 13/03/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESRAC~