Kem Cuti Sekolah@Biosains (Dunia Herba) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Kem Cuti Sekolah@Biosains (Dunia Herba)

Kem Cuti Sekolah@Biosains (Dunia Herba)

SERDANG, November (UPM) – Institut Biosains (IBS), telah mengadakan program khas untuk kanak-kanak iaitu Kem Cuti Sekolah @ Biosains (Dunia Herba) yang telah diadakan pada 28 Mac dan 28 November 2019. Oleh kerana permintaan yang tinggi, kem ini telah diadakan sebanyak 2 kali setahun dan mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) serta diiktiraf di peringkat kebangsaan kerana mendapat penyertaan dari pelbagai negeri. Kem ini telah diadakan pada musim cuti sekolah bagi memenuhi masa lapang dan menarik minat kanak-kanak kepada sains tumbuhan terutama tumbuhan herba yang mempunyai nilai ubatan. Peserta yang terlibat berumur antara 10 hingga 12 tahun. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan personaliti dan pemahaman peserta terhadap Science Technology, Engineerng, Arts and Mathematics (STEM) dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah untuk para pelajar sekolah rendah ketika musim cuti sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti membuat sabun herba, Garden tour, Explorace dan Menanam pokok herba. Aktiviti ini berupaya menarik minat peserta kerana setiap peserta akan membuat sendiri sabun herba dan mempelajari proses peleburan serta pembekuan, menghias bekas tanaman mengikut kreativiti dan menanam pokok herba, mengenali tumbuhan- tumbuhan herba dari segi bentuk, warna daun, rasa dan kegunaan serta mempelajari proses hidup tumbuhan seperti fotosintesis dan respirasi. Lebih menarik lagi peserta akan dibahagikan kepada kumpulan untuk bersaing meneroka tumbuhan-tumbuhan herba di dalam Taman Konservatori. Peserta juga akan menjawab soalan-soalan sains berdasarkan kepada modul buku teks sains tahun 4, 5 dan 6 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan disemak oleh guru sains UPSR yang telah dilantik.


Untuk sebarang pertanyaan Program Kem Cuti Sekolah@Biosains (Dunia Herba) sila hubungi : Julia Abdul Aziz : 03-97692198/ julia_a@upm.edu.my atau Noor Hazwani Abdul Rahim : 03-97692130 / hazwani_ar@upm.edu.my atau Rishzuan Talib : 03-97692175 / rishzuan@upm.edu.my.

Ditulis oleh,

Julia Abdul Aziz

 

Tarikh Input: 30/12/2019 | Kemaskini: 10/02/2021 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEYAAM~