Go Green IBS 2018 Bersama Pengarah | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Go Green IBS 2018 Bersama Pengarah

Go Green IBS 2018 Bersama Pengarah

SERDANG, Januari (UPM) – Institut Biosains (IBS), telah melancarkan program pertama ‘UBD Floral Calendar’ yang telah diadakan pada 30 Januari 2018. Program ini adalah merupakan program yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan kepelbagaian flora terpilih untuk bulan berkenaan sepanjang tahun 2018. Tacca integrifolia atau Bat flower iaitu ikon Taman Konservatori UPM telah terpilih sebagai flora yang pertama untuk meraikan bulan Januari 2018.

Antara program yang telah diadakan ialah Go green @ IBS bersama pengarah yang dihadiri oleh semua staf IBS. Program ini adalah merupakan program pembuka bagi tahun 2018 dan salah satu usaha IBS dalam meneroka dan memperkenalkan khazanah tumbuhan yang mempunyai nilai ubatan kepada staf amnya yang terdapat di dalam Taman Konservatori UPM. Dalam pada masa yang sama, program ini juga dapat menggalakkan budaya amalan hijau dalam kehidupan dan mengimbangi pelepasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus seperti yang termaktub di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020). Program ini juga sebagai promosi kepada Syarikat korporat atau agensi-agensi yang mempunyai dana peruntukan dalam kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta berminat untuk memberikan sumbangan terhadap pembangunan Taman Konservatori, UPM.

Objektif utama program ini adalah untuk :

  • Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti;
  • Meraikan kepelbagaian dan kekayaan biodiversiti yang terdapat di Malaysia;
  • Menerapkan nilai dan semangat pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti; dan
  • Mendekatkan program dan penyelidikan IBS serta UPM kepada warga universiti, masyarakat setempat dan orang awam.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti senamrobik, pelancaran ‘UBD Floral Calendar’ iaitu menanam pokok Tacca integrifolia atau Bat flower oleh Ybhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar, Pengarah IBS, gotong-royong menanam pokok pagaran sebanyak 500 anak pokok sepanjang pagar taman, jualan anak pokok, jualan hasil ladang dan tumbuhan ubatan.

Sebarang pertanyaan untuk projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) hubungi : Noor Hazwani Abdul Rahim : 0389472130 / hazwani_ar@upm.edu.my atau Rishzuan Talib : 03-89472175 / rishzuan@upm.edu.my.

Ditulis oleh,

Julia Abdul Aziz

 

Tarikh Input: 22/02/2018 | Kemaskini: 10/02/2021 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEUUA4~