Buah Terbaik Dunia | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Buah Terbaik Dunia

Buah Terbaik Dunia

PERKEMBANGAN teknologi baharu dan penyebaran teknik agronomi meluas serta tepat bukan sahaja membantu meningkatkan pengeluaran durian malah menjadikannya lebih berkualiti.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Firdaus Ismail berkata, kualiti durian di Malaysia antara terbaik di dunia dan semakin dikenali di luar negara.

"Sebab itu permintaan terhadap durian Malaysia sentiasa meningkat sejak 10 tahun kebelakangan ini.

"Ia dibantu dengan penjenamaan kukuh (durian) dan dipercayai.

"Ini hasil usaha kerajaan selain aktiviti pemasaran pengusaha durian bagi memasarkan raja buah ke pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, itu antara faktor harga durian di pasaran tempatan melambung.

"Selain itu, faktor tawaran dan permintaan turut mempengaruhi kenaikan harga durian tahun ini serta komoditi pertanian lain.

 

Tarikh Input: 22/07/2020 | Kemaskini: 13/10/2022 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESSA1~