Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains dengan kerjasama Bumificient Sdn. Bhd. telah menganjurkan bengkel “Adding Value To Food And Nutraceutical: Extraction Of Subcritical Water And Supercritical Carbon Dioxide” pada 11-12 April 2017 bertempat di Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains. Bengkel telah dihadiri oleh kakitangan Laboratori Bioubatan Molekul, pelajar latihan industry dari Universiti Teknologi MARA dan juga pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa.
Peserta telah diberi pendedahan berkaitan prinsip dan aplikasi teknik pengekstrakan subcritical water dan supercritical CO2. Bengkel ini juga menyediakan platform kerjasama berkaitan teknik pengekstrakan-hijau untuk produk hasilan semulajadi.
Tarikh Input: 12/07/2017 | Kemaskini: 12/07/2017 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my