TANAMAN CILI KULAI | INSTITUT BIOSAINS
» ARTIKEL » TANAMAN CILI KULAI

TANAMAN CILI KULAI

SERDANG, 3 Ogos - Kerja keras sekumpulan 6 orang peserta bagi Program Structured Entrepreneurship Incubator Programme (SEIP) adalah berbaloi apabila berjaya menuai hasil pertama sebanyak 100 kg cili kulai secara kaedah fertigasi. Program SEIP merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolai oleh Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia (CEM UPM). Sebahagian daripada program ini, CEM UPM membuat kerjasama secara rasmi dengan Unit Biodiversiti, Institut Biosains, UPM untuk mendapatkan khidmat kepakaran dan pemindahan ilmu berkenaan teknologi tanaman ini. Peserta telah dilatih secara intensif dalam ilmu pengurusan teknologi tanaman dan keusahawanan dalam sesi amali. 

 

Projek penanaman cili secara fertigasi ini telah dibangunkan oleh Muhammad Arif Ramly pada bulan April 2021. Beliau berkata, pemilihan cili sebagai komoditi projek adalah sesuai dengan pasaran dan keperluan semasa iaitu sebanyak 30 % pengeluaran cili dalam negara. Tanaman Cili kulai menjadi pilihan kerana ianya mempunyai permintaan yang tinggi selain rintang terhadap penyakit dan serangan serangga. Sebanyak 1,000 anak pokok cili kulai telah berjaya disemai oleh peserta di kawasan Plot Penyelidikan Unit Biodiversiti, Institut Biosains. Hasil dari kerjasama ini amat memberangsangkan, iaitu dengan peningkatan sebanyak 1,000 kilogram pengeluaran cili sehingga akhir Ogos 2021.

 

Prof. Dr. Ariffin Abdu, Timbalan Naib Censelor (HEPA) UPM, berkata, cadangan menggunakan sistem fertigasi adalah pendekatan yang sesuai kerana peserta digalakkan untuk menggunakan teknologi ini di operasi ladang, khususnya dari segi pembajaan dan siraman. Sejak sistem penanaman ini dikawal secara automatik, peserta dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran tanpa mengabaikan komitmen terhadap rutin projek.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Rishzuan Talib, 03-97692175, rishzuan@upm.edu.my; En. Ahmad Hisham Mohd Sidi, ahmadhisham@upm.edu.my; Puan Julia Abdul Aziz: 03-97692198, julia_a@upm.edu.my; Puan Noor Hazwani Abdul Rahim, hazwani_ar@upm.edu.my atau Puan Ana Naziah ditalian 03-97692130, ananaziah@upm.edu.my.

Tarikh Input: 11/09/2021 | Kemaskini: 12/09/2021 | mfareeq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETKAB~