Latar Belakang IBS | INSTITUT BIOSAINS
» MENGENAI KAMI » Sejarah Institut » Latar Belakang IBS

Latar Belakang IBS

 

Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996 dan merupakan institut penyelidikan yang pertama ditubuhkan di UPM. Tujuan penubuhan IBS adalah sebagai pusat pembangunan kecemerlangan penyelidikan dan latihan siswazah lanjutan dalam bidang sains biologi. Penubuhan IBS bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan sains dan teknologi negara serta pembangunan modal insan bagi menyokong Pelan Induk Perindustrian dan Pertanian Negara. Sejak penubuhannya, bidang penyelidikan di IBS telah berkembang dan semakin pesat membangun menjadi pusat penyelidikan utama di UPM.

Institut Biosains telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi pada 1 April 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  

Pada 9 Februari 1995, Senat telah menyokong penubuhan Institut Penyelidikan Universiti Pertanian Malaysia yang bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan program yang selaras dengan pelan korporat di Universiti Pertanian Malaysia. Cadangan asal Institut ini adalah sebagai pusat penyelidikan berpusat di UPM untuk semua penyelidik dari pelbagai fakulti, juga sebagai pusat perlaksanaan penyelidikan strategik dan multidisiplin di dalam persekitaran penyelidikan yang kondusif serta bertaraf dunia.

Perkara ini telah mendapat pertimbangan Lembaga Pengarah Universiti Pertanian Malaysia pada 1 April 1995 dan bersetuju pada prinsipnya serta meminta supaya satu kertas kerja yang terperinci disediakan. Hasil dari semakan semula, nama Institut Penyelidikan Universiti Pertanian Malaysia telah diganti dengan nama Institut Biosains dan penubuhannya telah mendapat sokongan Senat. Majlis dalam mesyuaratnya yang ke-120 pada 9 September 1995 telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan Institut Biosains (IBS).

Berikutan itu, pada 27 April 1996, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke-131 juga telah meluluskan cadangan penubuhan IBS.


Justeru itu, secara rasminya pada 1 Ogos 1996, YBhg. Prof. Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim yang merupakan Naib Canselor ketika itu, telah mengumumkan penubuhan IBS dan melantik Pengarah serta Timbalan Pengarah pertama sebagai peneraju utama membangunkan IBS. Prof. Dr. Abdul Rani Bahaman telah dilantik sebagai Pengarah IBS yang pertama dan Prof. Dr. Ho Yin Wan sebagai Timbalan Pengarah.

Sepanjang 20 tahun ini, Institut Biosains telah menyusun semula unit-unit yang sedia ada dan terkini telah membentuk kepada 4 laboratori bagi melicinkan dan menambah keberkesanan pentadbiran, pengurusan sumber dan kemudahan. Setiap Laboratori pula mempunyai 2 peranan utama iaitu menjalankan penyelidikan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Lima Laboratori tersebut adalah:

 

 

 

 

Kemaskini:: 23/12/2021 [mfareeq]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETOAT~